PROGRAM SAHSIAH UNGGUL SMK SERI JENGKA

SMK Seri Jengka mengejutkan kami!
 
Subhanallah..
 
Pertama kali modul SAHSIAH UNGGUL selama 2 hari 1 malam pihak sekolah susun untuk satu sekolah terus!
 
Daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 terlibat. Mengisi waktu hujung minggu para pelajar.
 
Terharu dengan kesungguhan dan layanan sangat baik daripada pihak tertinggi sehingga ke bawah.
 
Masa kami mula² tiba di pintu pagar sekolah. Abang² guard pun bukan main ramah menyantuni kami. Siap join sekali beberapa slot yang sempat.
 
Masha Allah..
 
Kenangan indah. Masa majlis penutup. Berulang kali pihak GPK sebut dalam ucapan.
 
Terkejut dan kagum mendengar ucapan spontan pelajar di akhir program. Kami satu dewan bertepuk tangan beri sokongan.
 
Sejujurnya kami di pihak tim sahsiahpelajar.com sebak dan terus hilang penat.
 
Pelajar siap berpesan untuk sahabat² semua teruskan perjuangan. Dan nasihatkan supaya terus berjuang bersama Allah.
 
Allahuakbar..🤧
 
Syukur Allah bantu semuanya. Macam-macam aktiviti kami lakukan bersama. Didoakan bermanfaat buat semua.
 
Terima kasih pihak sekolah, ibubapa juga PIBG yang sama² jayakan program hebat ni bersama.
 
Moga jadi asbab kebaikan anak² SERI untuk terus berjuang cipta kejayaan dunia sampai syurga!
 
Barakallahu fikum..♥️
 
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL
SMK Seri Jengka | 12 & 13 April 2025

Similar Posts