“Saya rasa inilah hidayah paling besar saya terima sepanjang 17 tahun hidup.”
“2 hari 1 malam yang paling bermakna..”
“Tim ustaz mengubah titik terendah dalam hidup saya..”
“Kita masuk syurga sama-sama ya ustaz!”
Ya Allah. Boleh nangis sebab terlalu rasa syukur bila baca feedback anak² remaja kita ni..
Segala puji bagi Allah..
Bahagia bila tengok perubahan mereka selepas 2 hari 1 malam berprogram bersama. Macam² feedback kami terima.
Masing² siap bagi cadangan tersendiri untuk kekalkan momentum kebaikan ni hingga sama² berjaya dalam SPM 2025 juga kehidupan.
Subhanallah..
Kali pertama bertandang ke MRSM Pasir Tumboh bersama tim sahsiahpelajar.com . Begitu komited pihak sekolah ingin memulakan sesi tahun baru dengan booster jiwa dan azam menggunung buat anak² didik tercinta.
Program SAHSIAH UNGGUL yang menekankan aspek kerohanian, mindset juga matlamat yang jelas dipasakkan dalam diri para pelajar.
Dengan pendekatan santai didoakan sampai buat semua.
Tahniah pihak sekolah atas usaha hebat penganjuran. Terima kasih atas kepercayaan besar buat kami membantu bersama.
Moga bermanfaat buat anak² didik hebat yg bakal menggegarkan negara insyaa Allah. Juga bawa kejayaan sampai syurga!
Insyaa Allah ada rezeki kita jumpa dalam pertemuan susulan dalam ruangan akan datang.

Perkasa Sahsiah Cipta Masa Depan
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL
MRSM Pasir Tumboh | 16 & 17 Feb 2025
