“Saya baru nampak yg belajar ni bukan utk exam sahaja. Tapi utk redha Allah..”
Subhanallah terharu dapat beberapa feedback spontan para peserta PRIME 2024 kali ni.
Terus rasa terbayar sedikit penat lelah berkongsi dengan mereka selama 3 hari 2 malam. Syukur..
Terima kasih pihak MARA Kelantan atas kepercayaan utk kali kedua mengendalikan program PRIME. Program yg mengumpulkan 20 orang pelajar terpilih seluruh Kelantan yg bakal memacu kecemerlangan akademik dalam SPM khususnya.
Kami bantu untuk besarkan jiwa mereka. Setting mindset sampai akhirat dan syurga idaman.
Juga bantu perkasakan karakter khalifah dalam diri. Untuk terus berjuang dalam landasan bakti menuju redha Ilahi.
Warna warni kenangan dalam program bersama mereka. Pelbagai emosi dan rasa. Didoakan bermanfaat buat semua.
Moga menjadi asbab bukan sahaja cemerlang di dunia. Bahkan sampai syurga.
Jalan terus dik! Barakallahu fikum.
MARA PERSONAL ENRICHMENT PROGRAMME
Hotel Jewels KB | 28 – 30 Sept 2024
