MOTIVASI THE GREATEST LEADER

Ore Klate kato kenalem!😅
 
Ketakutan penceramah antaranya jadual bertembung. Adehhhhh.
 
Sehari sebelum program baru perasan masa nak sama dengan kuliah maghrib. Penganjur dah kalut dah sebab dah tak boleh ejas.
 
Last² buat keputusan untuk berlari terus selepas kuliah.
 
Sampai boleh tahan semput! Hehe
 
Alhamdulillah syukur Allah mudahkan.
 
Pertemuan indah bersama para mahasiswa dan mahasiswi KIAS. Dalam slot motivasi khas The Greatest Leader : Kepimpinan Gaya Rasulullah SAW.
 
Seronok dan terharu dengan pembukaan alunan ayat² Allah yang sangat indah daripada saudara Qayyim Nizar, Johan Tilawah Antarabangsa.
 
Juga kehadiran sahabat motivator hebat, Sir Nik Tarmizi MJ. Sudi bertandang sepanjang slot.
Masha Allah..
 
Respon sempoi daripada semua. Sesi perkongsian santai didoakan sampai buat semua termasuk yang berbicara.
 
Mengambil ibrah daripada konsep kepimpinan dalam Quran. Juga ibrah hebat daripada Rasul tercinta, pemimpin terulung sepanjang zaman.
 
Terima kasih penganjur atas ruangan. Moga Allah berkati pertemuan.
Terus berjuang dalam kepimpinan. Mengajak manusia seramainya kembali kepada Tuhan.
 
Siiru ala barakatillah!♥️
 
MOTIVASI THE GREATEST LEADER
Kolej Islam Antarabangsa KIAS | 23 Sept 2024

Similar Posts